Gempar kanak-kanak 18 bulan terkunci dalam kereta - Utusan Malaysia

Gempar kanak-kanak 18 bulan terkunci dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Keterujaan sepasang suami isteri menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri bertukar cemas setelah menyedari anak perempuan mereka yang berusia 18 bulan terkunci di dalam kereta selama kira-kira 45 minit dalam kejadian di Gong Kemuntong dekat sini hari ini.

Pasangan suami isteri itu melalui detik mencemaskan itu ketika meluangkan masa menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Besut di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) di situ.

Difahamkan sebelum itu, pasangan tersebut yang enggan dikenali telah meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta mereka jenis Proton Persona dalam keadaan enjin masih hidup sementara mereka kembali ke dewan untuk menjemput ibu mereka pulang dari majlis itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebaik sahaja mereka bertiga keluar dari dewan dan menuju ke kereta kira-kira pukul 11.45 pagi mereka terkejut apabila mendapati anak mereka terkunci di dalam kenderaan tersebut sebelum cuba membuka pintu kereta itu.

Orang ramai  termasuk  beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam  Malaysia (APM) Besut  turut mencuba untuk membuka pintu  kenderaan itu dengan pelbagai cara namun gagal.

Setelah hampir 45 minit mencuba, akhirnya mereka berjaya menurunkan cermin pintu sebelah kanan penumpang sebelum mengeluarkan mangsa yang sedang menangis ketakutan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini