Gaduh kerana ‘potong Q’ - Utusan Malaysia

Gaduh kerana ‘potong Q’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan seorang lelaki dipercayai suspek yang membelasah seorang lagi lelaki di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras Traders, Balakong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 44 tahun itu dibuat di Taman Putri Jaya, Batu 9, Cheras, dekat sini kira-kira pukul 4.20 petang.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, namun dia mengaku terlibat dalam kes tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati, insiden berpunca dari rasa tidak puas hati selepas kejadian ‘potong Q’ berlaku ketika kenderaan dipandu kedua-dua lelaki tersebut keluar simpang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Ahmad Dzaffir, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan badan, patah di pergelangan tangan kanan, serta retak tulang muka dan hidung.

“Mangsa belum membuat laporan polis dan masih menerima rawatan di Hospital Kajang.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok,” ujarnya.

Terdahulu, dua rakaman video insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki tular di media sosial sejak pagi tadi.

Rakaman berdurasi 20 dan 47 saat itu menunjukkan seorang lelaki membelasah seorang lagi lelaki sehingga berlumuran darah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini