‘Foden boleh gantikan saya’ - Utusan Malaysia

‘Foden boleh gantikan saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – David Silva mahu Phil Foden mengisi kedudukannya selepas meninggalkan Manchester City pada penghujung musim depan, apabila pemain berusia 19 tahun tersebut mengingatkannya ketika zaman muda.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu mengumumkan bakal meninggalkan Stadium Etihad pada penghujung musim 2019-20, di mana bakal dia melengkapkan tempoh 10 tahun di Liga Perdana Inggeris.

Foden telah tampil di dalam kesebelasan utama sebanyak 38 kali selepas dua musim bersama skuad senior City dan persembahannya dilihat berpotensi untuk menjadi bintang masa hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin dia akan menjadi pemain hebar. Dia merupakan pemain yang baik dan amat bagus untuk menggantikan tempat saya.

“Dia memiliki teknik semula jadi, sangat kompetetif. Dia dahagakan kemenangan dan sebab itu menjadikannya pemain bola sepak yang hebat.

“Sewaktu anda muda, anda selalu bertanyakan kepada mereka yang berpengalaman. Saya bagi banyak nasihat kepadanya, seperti bagaimana ingin menggelecek di atas padang.

“Dia menilai maklumat yang saya berikan dan dari situ dia semakin berkembang.

“Dia mengingatkan saya ketika saya muda, terutama bagaimana dia sebagai individu. Dia seorang yang pendiam, tetap ada apabila perlu dan saling melengkapkan.

“Dia bencikan kekalahan. Nasihat yang paling baik yang boleh saya berikan kepadanya adalah perlu sentiasa tenang. Apa jua yang bakal berlaku dalam boleh sepak, sama ada naik mahupun turun, anda perlu bertetang,” kata Silva.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini