MELAKA – Kemudahan pengangkutan feri di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQ) Melaka di Muara Sungai Melaka, di sini, menjadi pilihan warga Indonesia untuk pulang ke kampung halaman mereka sempena sambutan Aidilfitri. Menurut warga Indonesia yang ditemui Bernama, mereka memilih perkhidmatan feri dari Melaka ke dua lokasi di Kepulauan Sumatera iaitu Bengkalis dan Dumai kerana faktor jarak yang lebih dekat selain kemudahan terminal feri dan ICQ Melaka yang lebih…










