Ethiopia alami gangguan sambungan Internet - Utusan Malaysia

Ethiopia alami gangguan sambungan Internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADDIS ABABA – Sejumlah besar kawasan di Ethiopia mengalami gangguan sambungan Internet sejak lapan hari lalu. Siasatan AFP mendapati masalah itu berlaku hampir seluruh negara. Pengarah Eksekutif Ethio Telekom enggan mengulas tentang situasi tersebut. “Kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi sebelum hujung minggu ini dan berharap pengguna bersabar dengan masalah dihadapi,” katanya. Gangguan berkenaan merupakan yang paling lama sejak Abiy Ahmed dilantik menjadi Perdana Menteri bermula April tahun lalu.- AFP

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN