GEORGE TOWN – Sekurang-kurangnya empat pekerja warga asing dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bunga di sini sebentar tadi. Kejadian kira-kira pukul 9.25 malam itu berlaku di sebuah tapak pembinaan. Bagaimanapun identiti dan keadaan mangsa ketika ini belum dapat dipastikan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – K! ONLINE









