JOHOR BAHRU – Dua lelaki berlagak samseng apabila mengugut pemandu sebuah kereta dengan menggunakan senjata tajam dipercayai parang dalam kejadian di Jalan Firma susur memasuki Lebuh Raya Pasir Gudang di sini petang semalam. Satu video yang dirakam menerusi dashcam berdurasi satu minit 24 saat tular di laman sosial sejak semalam menunjukkan sebuah kereta Honda Civic berwarna biru cuba memotong kereta mangsa. Ketika kejadian kenderaan bergerak perlahan ekoran susur memasuki ke…










