KUALA TERENGGANU, 30 Jun (Bernama) – Dua lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang semalam, kata Pengarah Kesihatan negeri Dr. Mohd. Jusoh. Beliau berkata dua pesakit perempuan yang berasal dari Kampung Sungai Berua itu masing-masing berumur 18 dan 39 tahun serta pernah mempunyai sejarah kontak dengan seorang lagi pesakit Orang Asli yang disahkan positif campak (Measles) sebelum ini. “Kedua-dua mereka datang sendiri ke Hospital Hulu…