KANGAR – Kegembiraan enam sekeluarga untuk mengecat rumah bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bertukar duka apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Sungai Berembang, Simpang Empat di sini semalam. Dalam kejadian pukul 1 petang itu, kereta jenis Perodua Kelisa dipandu Mohamad Fauzi Fazin, 34, terbabas sebelum merempuh sebatang pokok jati di bahu jalan. Kejadian itu mengakibatkan isteri Mohamad Fauzi, Roshila Ishak, 39, dan anak bongsunya, Nur…










