SEREMBAN – Dua anggota polis meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dalam dua kejadian berasingan di sini dan Kuala Pilah, semalam.
JAAFAR KHALID dan A. Vasu yang meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung masing-masing di Seremban dan Kuala Pilah semalam. – UTUSAN ONLINE
Dalam kejadian pertama semalam, Sarjan Jaafar Khalid, 50, dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Jempol meninggal dunia kira-kira pukul 7.50 malam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Suami kepada Asisten Supritenden Zakiah Aisyah Zainal Abidin itu meninggal dunia selepas terjatuh di dalam bilik air rumahnya di Taman Pilah Jaya di Kuala Pilah.
Sebelum itu, Sarjan Mejar A. Vasu dari BSJD Seremban meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi.
Mendiang yang berusia 50 tahun mati akibat serangan jantung di rumahnya dekat Taman Forest Height dekat sini. – UTUSAN ONLINE











