Dr. Mahathir mohon maaf jika ada perkara tidak menyenangkan sepanjang pentadbiran PH - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir mohon maaf jika ada perkara tidak menyenangkan sepanjang pentadbiran PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon maaf sekiranya sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan terdapat perkara yang tidak membawa kesenangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berdoa keamanan yang dinikmati negara selama ini sepertimana ditunjukkan rakyat berbilang kaum di rumah terbukanya dan anggota Kabinet di Seri Perdana di sini hari ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Di negara kita ini, kita hidup aman damai dan rayakan hari kebesaran semua kaum bersama-sama tanpa mengira kaum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan itu negara kita jadi aman dan dapat hidup senang lenang dan sejahtera,” katanya semasa berucap di hadapan ribuan tetamu majlis itu, ditemani isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri mewakili isteri dan keluarganya, Dr. Mahathir bersyukur perpaduan ditunjukkan rakyat berbilang kaum dalam negara jelas terbukti di rumah terbuka itu.

“Inilah negara kita, Malaysia, yang memberi banyak nikmat kepada semua kita. Saya bersama isteri dan keluarga mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini