KUANTAN 21 Jun – Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar muncul sebagai muka baharu dalam barisan Naib Presiden Pas setelah memenangi jawatan itu tanpa bertanding sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini.
Kemenangan itu berikutan keputusan calon seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar A. Samad yang menolak tawaran daripada mempertahankan jawatan berkenaan pada sesi 2019-2021 selepas dua penggal memegang jawatan berkenaan.
Dua lagi Naib Presiden Pas iaitu Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengekalkan jawatan masing-masing.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Dr. Mohd. Fuad Mohd. Salleh pada sesi taklimat pemilihan jawatankuasa Pas bagi sesi 2019-2021 si muktamar berkenaan hari ini. – UTUSAN ONLINE











