DAP perlu terus desak Maszlee letak jawatan - Utusan Malaysia

DAP perlu terus desak Maszlee letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Semua 42 Ahli Parlimen DAP perlu bertindak memberi tekanan terhadap Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik agar meletak jawatan selepas kekal dengan pendiriannya berhubung isu kuota matrikulasi sebelum ini.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, semua Ahli Parlimen itu juga perlu mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyingkirkan Maszlee daripada jawatan tersebut kerana merosakkan pemikiran pelajar dengan unsur perkauman.

Beliau mendakwa, desakan itu juga dibuat kerana Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dilihat tidak layak untuk menerajui kementerian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau (Maszlee) perlu meletakkan jawatan kerana tingkah lakunya memberi kesan buruk kepada pelajar dengan kenyataan berunsur perkauman sehingga mengecewakan rakyat.

“Malah, Maszlee yang juga masih tidak berganjak dengan pendiriannya. Beliau sepatutnya tahu bahawa semua orang melakukan kesilapan dan memohon maaf serta berubah. Beliau tidak layak untuk berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Maszlee sebelum ini menyatakan pendiriannya mengenai isu kuota matrikulasi bukan bumiputera dan keperluan fasih berbahasa Mandarin untuk memohon pekerjaan yang tidak boleh dilihat secara terpisah.

Jelas Maszlee, adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya kuota matrikulasi untuk bukan bumiputera dilonggarkan dan pada masa sama para majikan masih menetapkan syarat perlu fasih berbahasa Mandarin untuk mendapatkan pekerjaan yang secara tidak langsung menafikan hak kaum bumiputera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini