KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memohon agar pemberian cuti paterniti pekerja swasta diselaraskan kepada tujuh hari, sepertimana dinikmati oleh golongan bapa dalam sektor awam. Presidennya, Datuk Abdul Halim Mansor menganggap cadangan itu amat wajar bagi membolehkan golongan tersebut dapat bersama menjaga keperluan anak yang baharu lahir. Beliau malah berkata, pihak majikan perlu mempertimbangkan cadangan itu sebagai kewajipan dan tanggungjawab terhadap pekerja mereka. “MTUC menyokong cadangan cuti paterniti…










