ALOR SETAR – Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) serta ketua jabatan kontrak dan perolehan sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ditahan kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor sejak empat tahun lalu. Kedua-dua suspek berusia 50 dan 34 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira pukul 6.30 petang semalam. Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Rashidah Azmi membenarkan kedua-dua suspek direman selama empat…










