SETANDING kejohanan golf profesional peringkat antarabangsa. Itu ayat sesuai digunakan bagi Kejohanan Golf Amatur Saujana edisi Ke-32 pada 25 hingga 27 Jun di Saujana Golf & Country Club apabila penganjur menaikkan prestij pertandingan dengan menggunakan lapangan Cobra yang menjadi aksi Kejohanan Maybank 2019 pada Mei lalu sebagai medan saingan kali ini. Ini bermakna kesemua 150 peserta golf amatur dari 15 negara akan merasai kehangatan dan cabaran getir sama seperti dilalui…










