Buktikan Pas parti pelbagai kaum - DHPP - Utusan Malaysia

Buktikan Pas parti pelbagai kaum – DHPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pas perlu membuktikan terutama kepada pengundi bukan Islam bahawa ia merupakan parti pelbagai kaum serta mengutamakan kebajikan semua rakyat.

Wakil Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kong Tuck Wah berkata, usaha itu merupakan tanggungjawab semua ahli dan kepemimpinan Pas termasuk DHPP di semua peringkat.

“Bukan senang untuk kita mengajak orang bukan Islam untuk menjadi ahli DHPP. Ini kerana DAP kuat memainkan sentimen supaya orang bukan Islam menolak Pas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan mudah untuk kita mengubah fikiran orang bukan Islam yang telah terpengaruh dengan DAP. Jadi kita perlu buktikan Pas sebagai parti pelbagai kaum dan berkebajikan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini hari ini.

Tuck Wah berkata, DAP juga berterusan memainkan sentimen bahawa Pas adalah sebuah parti rasis.

“Dalam Pas kita ada DHPP, kita ada orang Melayu, ada Cina, India. Kalau rasis, Pas tidak akan mewujudkan DHPP,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×