KUALA TERENGGANU – Keceriaan sebuah keluarga menetap di Johor Bahru pulang beraya di kampung halaman bertukar hiba apabila salah seorang daripada mereka lemas di Taman Rekreasi Lagun Kuala Ibai di sini hari ini. Mayat mangsa, Muhammad Aidil Muhammad Razali, 9, yang dibawa arus deras lagun terbabit pada pukul 10.15 pagi telah ditemui lebih enam jam kemudian. Ketua Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Abdullah Zawawi berkata, mayat kanak-kanak…










