Budak 10 tahun rakam ibu bersalin dalam kereta - Utusan Malaysia

Budak 10 tahun rakam ibu bersalin dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS, Nevada – Seorang budak lelaki berusia 10 tahun telah merakam detik ibunya bersalin di dalam kereta ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan ke sebuah hospital di sini pada 24 Mei lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Wanita tersebut, Rudy Napier ketika itu dikatakan dalam perjalanan menjalani pemeriksaan terakhir untuk kandungannya bersama suami, Michael Anthony Addison serta tiga anak mereka di tempat duduk belakang.

Anak keempat pasangan itu, yang kemudiannya dinamakan Jolee Lavergne Addison, tiba-tiba mahu ‘keluar’ lebih awal daripada sepatutnya di dalam kenderaan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keseluruhan insiden itu berjaya dirakam anak lelaki mereka, Jayden yang sebelum itu ditugaskan memegang kamera bagi merekod rutin ibunya menjalani pemeriksaan untuk dikongsi dalam Facebook.

Dua adik perempuan Jayden dilaporkan tergamam dengan kelahiran mengejut itu sehingga menangis ketika ibu bapa mereka teruja menyambut ahli keluarga baharu di dalam kereta tersebut.

Lebih menakjubkan, Napier kelihatan tenang sahaja ketika mereka tiba di hospital walaupun selepas melahirkan anak dalam sebuah kereta bergerak. Rakaman kelahiran mengejut itu setakat ini telah ditonton lebih 9 juta orang di seluruh dunia.

“Saya tidak pernah melalui sesuatu seperti itu sepanjang hidup saya walaupun saya memang telah lakukan banyak kerja gila sebelum ini,” kata Napier sambil tertawa kepada rangkaian berita Fox5.

Selepas mendapat begitu banyak perhatian susulan perkongsian video itu, keluarga tersebut telah memulakan kutipan derma melalui Facebook bagi membolehkan mereka membeli sebuah minivan yang lebih selamat untuk pergerakan kanak-kanak dan bayi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini