DASAR Pembangunan Luar Bandar (DPLB) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kelmarin, Awang anggap satu langkah yang mampu mengubah nasib penduduk luar bandar. Awang berpendapat, dalam suasana ekonomi tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat, sudah pasti rakyat perlu berusaha menambah pendapatan masing-masing dan apa yang dilakukan oleh kerajaan melalui DPLB harus dipuji. Bagaimanapun Awang berharap, ia akan diteruskan dengan penerangan dan tindakan bagi membolehkan mereka…









