BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 1 JUN 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 1 JUN 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MULAI  kelmarin warga kota mula meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfiri yang dijangka pada Rabu ini. Awang doakan perjalanan mereka diberkati Allah SWT.
 Saban tahun pada setiap musim perayaan pasti ada kemalangan ngeri yang meragut nyawa. Awang berharap tahun ini kita tidak akan dihidangkan dengan berita seumpama itu.

Aidilfitri perlu disambut dalam keriangan, bukannya tangisan. Justeru Awang berharap pemandu-pemandu akan berhati-hati terutamanya pemandu bas. Kita tidak mahu jalan raya atau lebuh raya terus menjadi ‘sungai maut’.

Di peringkat pihak berkuasa, Awang berpendapat mereka sudah melakukan segala-galanya untuk mengelakkan kemalangan terjadi tetapi kesudahannya ia bergantung kepada sikap pemandu juga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa sama Awang juga  berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan setegas-tegasnya kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan lorang kecemasan apabila berlaku kesesakan.

Tindakan mereka tidak boleh dibiarkan kerana mengundang bahaya kepada pengguna lain. Mereka perlu dikenakan denda maksimum tanpa diskaun. Begitu juga kesalahan-kesalahan lain yang boleh menyebabkan kemalangan.
 


Awang – balik kampung malam raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini