Bersatu jangan lupakan semangat Melayu - Utusan Malaysia

Bersatu jangan lupakan semangat Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU – Kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta supaya memperkukuhkan semangat Melayu dalam parti itu supaya ia lebih diyakini kaum tersebut.

Gesaan itu dibuat Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang mengingatkan bahawa aspek budaya dan warisan Melayu turut terkandung dalam perlembagaan parti berkenaan.

“Dalam perjuangan kita, tentu ahli-ahli mahu tahu dan orang Melayu yakin Bersatu menaungi mereka. Sebab itu kita mohon pucuk pimpinan tidak melupakan kemelayuan kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang DAP tidak melupakan kepada hal-hal berkait budaya Cina, orang India dalam DAP pun sebegitu. Kawan-kawan kita dalam Amanah (Parti Amanah Negara) membawa sedikit nilai-nilai dalam Pas dahulu.

“Bersatu mesti tunaikan identiti budaya kita. Kalau tidak, orang akan kata tak ada perubahan daripada dulu,” katanya semasa berucap dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Pakatan Harapan (PH)-Bersatu di Kuala Klawang di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Eddin Syazlee Shith.

Dalam pada itu, Rais berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 20,000 ahli Bersatu di negeri ini dengan keahlian antara 1,000 sehingga 3,000 orang di lapan bahagian.

Beliau turut menegaskan bahawa apa yang lebih penting adalah parti itu mempunyai ahli yang berkualiti.

“Di peringkat negeri ahli yang ramai tidak penting tetapi paling penting adalah ahli berkualiti yang mengenal perlembagaan dan budaya berparti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini