Bekas ketua Interpol mengaku bersalah - Utusan Malaysia

Bekas ketua Interpol mengaku bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Beijing 20 Jun – Bekas ketua Interpol, Meng Hongwei mengaku bersalah menerima wang suapan berjumlah AS$2.1 juta (RM8.7 juta) ketika perbicaraan hari ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Mahkamah Perantaraan No.1 Tianjin, keputusan berhubung perbicaraan berkenaan akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Tambah kenyataan tersebut, Hongwei menunjukkan ‘rasa kesalnya’ sepanjang perbicaraan berlangsung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujar kenyataan terbabit, Hongwei menggunakan status dan kedudukannya antara 2005 dan 2017 untuk menerima wang suapan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini