Bapa mentua Bee Yin meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa mentua Bee Yin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif IOI Group Berhad, Tan Sri Lee Shin Cheng meninggal dunia pada pukul 8.30 malam tadi, dua hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-80.

Menurut laporan The Star Online yang memetik Sin Chew Daily, mendiang yang juga bapa mentua Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, merupakan seorang tokoh usahawan yang disegani serta terkenal dalam negara kerana membina kekayaannya bermula dari bawah.

“Mendiang datang daripada keluarga miskin dan telah berhenti sekolah pada usia 11 tahun untuk bekerja bagi membantu ibu bapanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mendiang juga pernah menjual aiskrim dengan menggunakan basikal selama empat tahun sebelum bekerja di stesen pam minyak dan pekerja ladang,” ujar laporan tersebut.

Untuk rekod, mendiang telah disenaraikan Forbes sebagai individu kelima terkaya dalam negara dengan nilai kekayaan bersih sebanyak RM22.63 bilion pada 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini