KUALA LUMPUR- Bank Rakyat mensasarkan pertumbuhan pinjaman Ar-Rahnu lebih 20 peratus pada tahun ini menerusi pelancaran ‘Kempen Emas 2 Kilo’ yang menawarkan hadiah bernilai RM400,000. Ketua Pembiayaan Runcit Bank Rakyat, Fatayal Anshori Abdussyukur berkata, kempen yang diadakan selama empat bulan bermula hari ini bertujuan untuk mengalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan khidmat Pajak Gadai-i AR-Rahnu dan Ar-Rahnu X’Change. “Sehingga kini, kami mempunyai 710,000 pelanggan yang mana 70 peratus terdiri kaum Melayu manakala…










