SELEPAS membeli juadah makan malam pada hari itu, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Shamil itu mengambil tempat duduk paling hadapan antara deretan kerusi yang disusun kemas di Lorong Bandar 13, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Siapa sangka, tujuan jejaka berusia 21 tahun itu berkunjung ke lorong tersebut adalah untuk menonton sebuah filem tempatan secara percuma. Sebagai seorang penuntut sebuah universiti tempatan, anak kelahiran Setiawangsa, Kuala Lumpur itu mengakui sentiasa mencari…










