NOOSA, Australia – Australia bakal menyambut Hari Burger Antarabangsa esok, sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri di seluruh dunia, lapor akhbar Daily Mail. Sehubungan itu, banyak rangkaian restoran burger menawarkan promosi makanan segera tersebut di premis masing-masing, termasuklah Betty’s Burger. Betty’s Burger dan aplikasi penghantaran makanan, Deliveroo menawarkan peluang kepada orang ramai untuk bercuti di sebuah resort di sini sempena Hari Burger Antarabangsa pada 4 Julai 2019 menerusi satu peraduan.…










