KUALA NERANG – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas sebanyak 1,579 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM142,110 selepas menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) di sempadan Malaysia-Thailand, Durian Burung dekat sini semalam. Penahanan dua lelaki warga Thailand dan Myanmar berusia 33 tahun yang disyaki penyeludup serta dua lagi PATI warga Myanmar dibuat pasukan ronda Enam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) kira-kira pukul 5 petang. Panglima Enam Briged, Brigedier Jeneral Mohd. Halim Khalid berkata, pasukan ronda yang melakukan rondaan di kawasan operasi terserempak dengan seorang lelaki disyaki warga asing. “Suspek bertindak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya