AS rampas kokain bernilai lebih RM4 bilion - Utusan Malaysia

AS rampas kokain bernilai lebih RM4 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHILADEPHIA 22 Jun – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) merampas sebanyak 16.5 tan dadah jenis kokain yang dianggarkan bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.14 bilion) daripada sebuah kapal kargo di sini, baru- baru ini.

Agensi berita Reuters melaporkan, rampasan itu merupakan satu daripada rampasan dadah terbesar dalam sejarah negara ini.

Pihak berkuasa AS menyerbu kapal kargo MSC Gayane yang berlabuh di Terminal Packer Marine di sini pada Isnin lalu dan menemukan sejumlah kokain yang diletakkan dalam tujuh buah kontena.

Memuatkan artikel berkaitan…

Serbuan itu juga menyaksikan dua anak kapal ditahan bagi membantu siasatan iaitu Ivan Durasevic dan Fonofaavae Tiasaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini