‘Anda Pam Kami Derma’ bantu tingkat dana NKF - Utusan Malaysia

‘Anda Pam Kami Derma’ bantu tingkat dana NKF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. baru-baru ini melancarkan kempen amal, ‘Anda Pam, Kami Derma’ untuk menyumbang kepada dana Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).

NKF dalam satu kenyataan berkata, kempen itu dijayakan menerusi setiap pembelian liter petrol di stesen-stesen Shell di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula pada 15 Jun lalu sehingga 30 Jun ini.

“Sebanyak 315 peruncit Shell terlibat dalam kempen ini dan akan menyalurkan sebanyak satu sen daripada setiap liter kepada dana NKF untuk menyokong pesakit dan pembelian mesin dialisis baharu untuk pusat dialisis NKF,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengurus Jualan Nasional Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Zharin Mohd. Zhafrael berkata, sumbangan itu dapat menguatkan sokongan pihaknya untuk menyumbang kepada masyarakat.

“Di Shell, misi kami adalah menjadikan perjalanan hidup lebih baik untuk semua rakyat Malaysia. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu pesakit buah pinggang memulihkan mereka, sekali gus meningkatkan keupayaan untuk bergaul bersama masyarakat,’’katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NKF, Chua Hong Wee berkata, setiap tahun, NKF memerlukan RM24.9 juta untuk menanggung kos rawatan dialisis untuk 1,600 pesakit yang mendapatkan rawatan dialisis di 28 pusat dialisis di seluruh negara.

“Perkongsian ini berfungsi sebagai batu loncatan penting bagi kami untuk terus menyokong dan meningkatkan kehidupan pesakit dialisis kami,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini