Anak saudara disyaki bakar rumah tiga beradik OKU - Utusan Malaysia

Anak saudara disyaki bakar rumah tiga beradik OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian kebakaran sebuah rumah yang didiami tiga beradik orang kelainan upaya (OKU) penglihatan di Kampung Titi Besi, Arau dekat sini hari ini.

Suspek berusia 28 tahun yang merupakan anak saudara kepada tiga warga emas terbabit ditahan tidak lama selepas kejadian.

Difahamkan, suspek bertindak sedemikian selepas berang tidak diberikan wang seperti diminta.
Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 435  Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kosmo! Online hari ini melaporkan tiga beradik warga emas yang merupakan OKU penglihatan terselamat dalam kebakaran rumah di Kampung Titi Besi di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, ketiga-tiga mangsa iaitu Halijah Ibrahim, 78; Che Manai, 73, dan Zainah, 67, sempat menjerit meminta tolong sebelum diselamatkan penduduk kampung.

Kejadian menyebabkan tiga beradik itu tinggal sehelai sepinggang. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini