Anak Mohamed Morsi dakwa bapanya dibunuh - Utusan Malaysia

Anak Mohamed Morsi dakwa bapanya dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH 22 Jun – Anak lelaki bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang meninggal dunia baru-baru ini mendakwa Presiden Abdel Fattah al-Sisi dan beberapa pegawai tertinggi kerajaan negara ini bertanggungjawab ‘membunuh’ bapanya.

Al Jazeera melaporkan, Mohamed yang merupakan pemimpin demokratik pertama Mesir ditahan sejak digulingkan pada 2013 meninggal dunia pada Isnin lalu selepas rebah ketika sesi perbicaraan di mahkamah atas dakwaan melakukan pengintipan.

Menerusi Twitter, anak Mohamed iaitu Abdullah mendedahkan beberapa nama pegawai kerajaan Mesir yang didakwa bersubahat dengan Abdel Fattah untuk membunuh bapanya. – AGENSI

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini