KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini menyampaikan Anugerah Khas Wanita Cakna Kebajikan 2019 kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad, 40, bagi menghargai sumbangan dan kebajikan yang telah dilakukan sepanjang hayatnya kepada masyarakat. Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kepada suami Allahyarhamah, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, pada Majlis Perasmian Hari Sayyidatina Khadijah 2019 di sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan…










