KUALA LUMPUR – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbang sangkar 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) kepada Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya dekat sini, baru- baru ini.
Alam Flora dalam satu kenyataan memberitahu, inisiatif yang dilakukan bersama anak syarikat miliknya iaitu DRB-Hicom Environmental Services Sdn. Bhd. (DHES) itu dilaksanakan untuk memupuk masyarakat terutamanya kariah masjid mengamalkan konsep 3R.
“Hasil jualan barangan terkumpul itu akan diserahkan kepada pihak masjid. Inilah masanya untuk orang ramai menjalankan tanggungjawab terhadap alam sekitar selain dapat menderma.
“Selain itu, kami juga turut melakukan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan luar dan dalam masjid tersebut,” katanya dalam kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE











