KETUA jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan perlawanan persahabatan bertemu Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini adalah pentas pemanas badan terbaik buat pasukannya menjelang aksi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 berdepan Timor-Leste. Menurutnya, Nepal yang menduduki ranking ke-161 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berbanding Malaysia (168) mempunyai keupayaan yang hampir sama dari segi fizikal serta dibarisi ramai pemain muda. Cheng Hoe memberitahu,…









