BESUT – Ketupat palas, tapai pulut dan lemang tetap menjadi juadah istimewa untuk dinikmati masyarakat setempat pada pagi 1 Syawal yang bakal disambut esok. Kesempatan itu diambil ramai pengusaha ketiga-tiga juadah raya terbabit untuk membuka gerai masing-masing seawal pukul 6.30 pagi tadi di sekitar pekan Jerteh di sini bagi memenuhi permintaan pelanggan. Antara kawasan tumpuan peniaga ketupat palas, tapai pulut dan lemang yang datang dari segenap kawasan di daerah ini…










