Aidilfitri ialah hari anugerah dan penghargaan daripada Allah SWT kepada umat Islam sebagai tanda kemenangan menjalani ibadah puasa di madrasah Ramadan. Berdoa, bertakbir, bertahlil, bertahmid dan bertasbih dizahirkan sebagai tanda syukur atas nikmat Aidilfitri. Ucapan Aidilfitri adalah satu doa agar dalam menyambut Aidilfitri kita berusaha kembali kepada fitrah kejadian dan penciptaan manusia. Asal kejadian manusia dan alam semesta dalam sifat fitrahnya, bersih dan asli, tertib dan tersusun kemas mengikut asal…










