Ahmad Faizal sindir pihak kritik pembelian kereta baharu - Utusan Malaysia

Ahmad Faizal sindir pihak kritik pembelian kereta baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerajaan negeri membuat keputusan yang tepat apabila membeli kereta baharu bagi kegunaan exco kerana ia dapat menjimatkan kos penyelenggaraan berbanding kereta lama.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kereta lama yang digunakan sebelum ini menuntut perbelanjaan yang begitu tinggi kerana telah mencecah perbatuan sehingga 400,000 kilometer.

Menurutnya, dengan pembelian kereta baharu yang mempunyai jaminan sehingga lima tahun, maka dalam jangka masa itu kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang rendah untuk kos penyelenggaraannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan perlu pakai kereta sebab kita perlu berjalan jauh dan kenderaan lama menuntut begitu tinggi perbelanjaan penyelengaraannya.

“Jadi saya yakin ini keputusan yang tepat untuk kerajaan, ia bukan untuk berbangga. Jadi kepada mereka yang tak bersetuju dengan apa yang kerajaan buat, terpulang.

“Kerajaan buat sesuatu perkara adalah demi kepentingan untuk mempermudahkan kami menjalankan tugas demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Peruntukan Kepada Sekolah-Sekolah Separuh Bantuan Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Ahmad Faizal turut menyindir pihak yang mengkritik pembelian itu supaya bekerja kuat agar dapat membeli kereta baharu.

“Kepada mereka yang tak dapat memandu kereta baharu ini, kerja kuat, simpan duit elok-elok dan jangan makan rasuah.

“Kalau kita makan rasuah, kereta itu Tuhan tak reda nanti kemalangan cacat pula kita, beli kereta sendiri,” ujar beliau.

Sebelum ini kerajaan negeri dikritik kerana dikatakan berbelanja besar untuk membeli 16 buah kereta Toyota Camry bagi kegunaan exco.

Gambar-gambar kereta Toyota Camry yang berada di pekarangan Bangunan Setiausana Kerajaan Negeri (SUK) di sini tular dalam media sosial, beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini