COLOMBO – Parlimen Sri Lanka hari ini ingkar permintaan Presiden Maithripala Sirisena dengan meneruskan siasatan isu keselamatan sekitar pengeboman bunuh diri Easter yang membunuh 258 orang.
Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) memulakan pendengaran testimoni daripada pemimpin Muslim yang mendakwa berulang kali mengingatkan pihak berkuasa mengenai bahaya radikalisme.
Minggu lalu, Maithripala meminta Kabinet perikatannya untuk menghentikan pendengaran yang telah mendedahkan pegawai kanan polis dan keselamatan dibawahnya mengabaikan amaran risikan berulang kali.
Maithripala memecat ketua perisikan pada hujung minggu itu selepas memberitahu bahawa serangan dapat dielakkan jika polis dibenarkan menahan ketua kumpulan berkenaan seawal tahun lalu. – AFP











