Acara larian berbaju raya di Putrajaya, Ahad ini - Utusan Malaysia

Acara larian berbaju raya di Putrajaya, Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Semua peminat acara larian dipelawa menyertai ‘LEBARun’ sejauh lima kilometer (km) dengan memakai baju raya di Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya, Ahad ini.

PENDAFTARAN percuma boleh dilakukan di Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya bermula pukul 7 pagi pada Ahad ini. – UTUSAN ONLINE

Perbadanan Putrajaya dalam satu kenyataan memaklumkan, acara berkenaan dianjurkan sempena Hari Bebas Kenderaan yang bertemakan Hari Raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 300 medal disediakan untuk kumpulan pertama peserta yang berjaya menghabiskan larian dan menyelesaikan satu tugasan misteri.

“Penyertaan secara percuma dibuka kepada semua yang berminat dan pendaftaran boleh dibuat di lokasi larian pada pukul 7 pagi pada Ahad ini,” katanya.

Tambahnya, peserta juga berpeluang merebut hadiah bagi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu 10 baju raya terbaik lelaki, 10 baju raya terbaik wanita dan 3 keluarga berpakaian raya terbaik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini