WASHINGTON 22 Jun – Sembilan terbunuh apabila sebuah pesawat komersial yang dinaiki mereka terhempas di pulau Oahu, utara Hawaii, semalam.
Perkara itu disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Hawaii dalam akaun Twitter rasmi jabatan itu.
“Dengan rasa sedih, ingin kami maklumkan bahawa, kesemua sembilan penumpang pesawat terjun, King terbunuh,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sementara itu AFP yang memetik kenyataan Ketua Jabatan Bomba Honolulu, Manuel P. Neves sebagai berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang, semalam ketika pesawat ringan itu baru berlepas.
Sebuah rakaman video yang disiarkan oleh saluran televisyen tempatan mendapati berlaku percikan api di bangkai pesawat itu. -AFP











