9 ditahan dalam Op Dadu - Utusan Malaysia

9 ditahan dalam Op Dadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tiga warga asing antara sembilan yang ditahan selepas didapati terbabit dalam sindiket judi dalam talian di sebuah premis sekitar Jalan Alor, di sini, awal pagi tadi.

Dalam Op Dadu dijalankan pada pukul 1 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu, kesemua yang ditahan berusia antara 25 hingga 47 tahun.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Rohazah Alwi berkata, hasil siasatan mendapati warga asing yang ditahan terdiri daripada dua warga Bangladesh yang bekerja sebagai penjaga premis, manakala seorang lagi adalah pemain judi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Warga tempatan yang ditahan pula terdiri daripada pemain dan penonton.

“Polis turut merampas pelbagai barangan termasuk tablet, buku catatan dan wang tunai sebagai bahan bukti siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rohazah berkata pekerja premis itu dipercayai digajikan RM1,500 sebulan.

“Modus operandi premis itu juga hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja masuk untuk berjudi.

“Siasatan juga mendapati kutipan harian premis itu kira-kira RM500,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini