MELAKA – Kementerian Industri Utama menyasarkan sekurang-kurangnya 75 peratus daripada keseluruhan pekebun kecil sawit di negara ini mempunyai pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjelang 1 Januari 2020. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, buat masa ini dianggarkan hanya 35 peratus daripada keseluruhan 600,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara mempunyai pensijilan tersebut. Menurutnya, pensijilan MSPO penting bagi memastikan setiap titis minyak sawit di negara ini diiktiraf…










