74 hari Acap hilang tanpa jejak - Utusan Malaysia

74 hari Acap hilang tanpa jejak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tiada apa yang mahu diraikan oleh Hamizah Mohd. Ramli, 27, bersama anak perempuannya apabila mereka terpaksa menyambut 1 Syawal tanpa kehadiran seorang suami, Mohammad Ashraf Hassan, 29.

Mohammad Ashraf atau Acap dilaporkan hilang sejak 23 Mac lalu dan sehingga kini, tiada sebarang jejak diperoleh oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) itu.

Menurut Hamizah, sekali pun reda dengan ketentuan takdir, dia dan anak perempuannya, Aisyah Nur Zahrah, 2, serta seluruh ahli keluarga masih menyimpan keyakinan bahawa Mohammad Ashraf masih hidup.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin dengan kebesaran Allah yang sedang menguji saya dan keluarga. Sebagai isteri, saya harus tabah dan hati saya cukup kuat mengatakan suami masih hidup.

“Dia akan balik sama ada dalam masa terdekat atau lama lagi tetapi saya yakin dan akan sentiasa berdoa semoga Allah beri petunjuk kepada kami semua,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini