65 pelarian Rohingya jadi mangsa pemerdagangan manusia - Utusan Malaysia

65 pelarian Rohingya jadi mangsa pemerdagangan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATUN 19 Jun – Pihak berkuasa Thailand mengesahkan kesemua 65 pelarian etnik Rohingya yang terkandas di Pulau Rawi di perairan Satun, selatan Thailand pada 11 Jun lalu merupakan mangsa pemeragangan manusia.

Jurucakap polis berkata kesemua mangsa melibatkan 31 wanita, 29 lelaki dan lima kanak-kanak di atas bot yang terkandas itu telah dipindahkan ke Pusat Perlindungan dan Pembangunan Kraftangan Surat Thani dan Pusat Perlindungan Pemerdagangan Manusia, Songkhla.

“Setelah pemeriksaan secara terperinci, pihak polis mengenal pasti kesemua mereka atas bot tersebut merupakan mangsa pemerdagangan manusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka kini di bawah jagaan Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Keamanan Manusia Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Keamanan Manusia, Thailand,” katanya.

Sebelum ini, polis Thailand menahan enam lelaki iaitu juragan dan kru bot nelayan itu.

Media tempatan melaporkan jurugan bot itu, seorang warga Thailand, mendakwa dia dibayar upah 100,000 Baht (RM13,356) oleh seorang warga Myanmar untuk membawa kumpulan itu ke Malaysia.

Pihak berkuasa telah mengenakan pertuduhan awal terhadapnya kerana membawa masuk pendatang asing ke negara ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini