BUTTERWORTH – Seorang pelajar sekolah tingkatan lima merupakan antara empat pelesit rempit yang ditahan polis dalam satu operasi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini awal pagi tadi. Menerusi Op Samseng Jalanan kira-kira pukul 2.45 pagi itu, kesemua lelaki berusia 17 hingga 25 tahun itu ditahan selepas didapati menunggang secara melulu dan merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain di atas lebuh raya tersebut. Ketua Polis Daerah…










