KUALA LUMPUR – Seramai 39 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang juga pekerja sebuah restoran ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu operasi penguatkuasaan Ops Selera di Setia Alam, Selangor, semalam. Operasi bermula pada pukul 10.30 malam kelmarin, dengan menggunakan kekuatan seramai 16 orang pegawai imigresen daripada Unit Operasi Khas (UOK) serta Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Mohamad Fauzi Md. Isa berkata,…










