PUTRAJAYA – Lebih 300,000 penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 yang tidak dapat dikreditkan bayaran ke dalam akaun bank masing-masing sebelum ini boleh menarik nafas lega selepas mereka boleh membuat pengeluaran tunai mulai hari ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pengeluaran itu boleh dibuat berikutan Bank Simpanan Nasional (BSN) berjaya mewujudkan hampir 350,000 akaun bank baharu secara automatik atas nama isteri pemohon BSH mulai semalam. “Sehubungan itu, penerima berkenaan…










