3,000 pakaian terpakai untuk penduduk Felcra Rompin - Utusan Malaysia

3,000 pakaian terpakai untuk penduduk Felcra Rompin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL – Kira-kira 3,000 pakaian terpakai disumbangkan Pemuda UMNO Bahagian Jempol kepada keluarga peserta Felcra Rompin di sini hari ini sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketuanya, Datuk Mohd. Zaidy Abd. Kadir berkata, pihaknya berharap sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat menggembirakan penduduk yang terhimpit selepas bayaran sara hidup mereka dihentikan sejak 10 bulan lalu.

“Melalui program ini, kita telah berjaya mengumpulkan 3,000 pakaian yang disumbangkan oleh orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada hari ini kita agihkan pakaian ini kepada penduduk Felcra Rompin. Pakaian tersebut masih dalam keadaan baik dan cantik, terpulang kepada mereka memilihnya.

 

“Dengan cara ini, kita harap dapat memberi sedikit keceriaan kepada mereka yang masih ternanti-nantikan bayaran sara hidup yang tertunggak sejak tahun lalu,” katanya dalam majlis penyerahan pakaian tersebut di sini hari ini.

Mohd. Zaidy yang juga Ketua Pemuda UMNO negeri berkata, seramai 300 penduduk termasuk dari kawasan sekitar telah datang bagi memilih pakaian yang disumbangkan itu.

Utusan Online sebelum ini melaporkan kira-kira 500 orang dari 100 keluarga peserta Felcra Rompin hidup dalam kesusahan ekoran bayaran sara hidup sebanyak RM800 sebulan tidak lagi diterima sejak Ogos 2018.

Bayaran sara hidup itu sepatutnya diperoleh sehingga pokok getah yang ditanam semula matang dalam tempoh enam tahun dan boleh ditoreh.

Berikutan masalah itu beberapa penduduk mendakwa mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan keperluan lain serta terpaksa menjual motosikal untuk mendapatkan wang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini