KUALA TERENGGANU – Kira-kira 3,000 anak Terengganu di perantauan hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Anak Terengganu di Perantauan 2019 di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini malam tadi. Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Ahmad Samsuri berkata, program tradisi itu bertujuan mendekatkan kerajaan negeri dengan anak-anak Terengganu di perantauan untuk sama-sama merasai kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dengan cara yang lebih santai dan mesra.…










